bahaya guna tayar 'kangkang' dan akan di saman oleh JPJ





Sukar difahami sebenarnya kenapa semakin makin ramai pemilik kereta terikut-ikut gaya rim dan tayar 'terkeluar' atau dikenali sebagai tayar kangkang. Pihak berkuasa kini menjalankan operasi memburu pesalah kereta yang menggunakan tayar kangkang dan mereka akan dikenakan denda.

Mereka yang menggunakan tayar kangkang membahayakan pemandu lain kerana permukaan tayar yang menyentuh jalan adalah berkurangan daripada asal. Ia akan mengurangkan kecekapan membrek dan mampu menyebabkan kereta hilang kawalan dengan mudah.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri memberi amaran keras kepada pemilik kenderaan ‘kreatif’ yang mengubah struktur kenderaan masing-masing termasuk memasang ‘tayar kangkang’.

Pengarahnya, Mohd. Shuhaili Mohd. Taufek berkata, tindakan tegas akan dikenakan ke atas pemilik kenderaan termasuk motosikal yang membuat pengubahsuaian iaitu selaras dengan Notis PG1, notis yang melarang kenderaan tersebut berada di atas jalan raya.

Katanya, saman tidak melebihi RM300 dan Notis PG1 akan dikeluarkan serta merta kepada pemilik kenderaan ‘tayar kangkang’ yang dilihat mula menular di negeri ini.

“Meskipun trend ‘tayar kangkang’ atau terkeluar masih tidak serius di negeri ini, namun saya ingin mengingatkan pengguna jalan raya bahawa tindakan ini adalah salah di segi undang-undang dan berharap orang ramai tidak terkeliru dengan kesalahan seumpama ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah yang juga Ketua Penguat Kuasa JPJ negeri, Abdul Rahman Mohd. Zakaria.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI