dakwaan pilihkasih remaja peluk artis K-pop...pemimpin atasan tak kena pulak berpeluk dan bercium



Kita  membidas tindakan pihak berkuasa agama yang menjalankan penguatkuasaan terpilih dengan hanya mahu mendakwa anak muda dalam isu berpeluk di konsert K-pop baru-baru ini.

Tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang bersungguh-sungguh untuk mendakwa anak muda sehingga mahu memohon waran tangkap jika tidak menyerah diri.

Kita juga menyarankan agar penguatkuasaan terpilih tidak dilaksanakan Jawi dan badan agama lainnya.





Jangan gejala berpelukan anak muda berpelukan dikejar, tetapi gejala yang sama kalangan penguasa atasan dan artis tidak ditegur.

Tindakan mengugut bukan jalan penyelesaian sehingga menimbulkan rasa takut dan kekeliruan.

Video anggota kumpulan B1A4 mencium gadis Melayu ketika membuat persembahan di pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail menjadi "viral" di media sosial.‎

Ia mengundang kritikan hebat bukan saja daripada rakyat Malaysia bahkan pemimpin negara tidak kira Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Susulan insiden tersebut, Jawi dalam kenyataannya berkata akan mengambil tindakan dengan menyiasat kes tersebut.

Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, kes itu yang akan dibawa ke mahkamah dan sekiranya dapati bersalah, gadis Melayu itu perlu menghadiri sesi kaunseling bersama Jawi.

Beliau memberikan tempoh seminggu kepada gadis terbabit untuk menyerahkan diri atau waran tangkap dikeluarkan.

Sementara itu, penganjur program tersebut, TGM Events dalam reaksi mereka menegaskan tidak akan memberi maklumat berkaitan gadis Melayu yang terlibat dalam video tersebut.


##


Ada VVIP peluk Shah Rukh Khan, mana JAWI?'

Bekas MP, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata, kejadian berpelukan juga berlaku semasa satu persembahan konsert oleh bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Beliau mendakwa, JAWI bagaimanapun tidak bertindak kerana acara tersebut dihadiri orang kenamaan, yang tidak dinamakannya.

“Mana JAWI masa konsert Shah Rukh Khan? Ada hugging dan peluk juga. Tapi VVIP pun ada jadi tak ada tindakan.

“Anak muda nak bergembira sikit heboh seluruh negara. Apa pengawasan ke atas orang atasan?,”


kepimpinan melalui teladan...tapi double standard....celaka punya JAWI...nak tunjuk buat kerja lah konon...!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI