filipina kurung budak jalanan
10:39 PG
filipina
,
gelandangan
,
kanak kanak jalanan
,
lawatan
,
luar negara
,
pemimpin agama
,
pusat tahanan
Edit
Kanak-kanak jalanan di Filipina dikurung di dalam pusat tahanan sempena lawatan Pope Francis ke negara itu
Kanak-kanak yang digari pada tiang besi kerana kelakuan sukar dikawal di sebuah pusat tahanan di Filipina.
Pemimpin agama Kristian Roman-Katolik dunia Pope Francis telah mengadakan lawatan rasmi ke Filipina dengan tema “belas kasihan”.
Bagaimanapun, tema itu tidak menggambarkan apa yang sepatutnya.
Berikutan lawatan itu, beberapa kumpulan kanak-kanak jalanan dikatakan telah ditangkap Kerajaan Filipina dan dikurung di dalam penjara dan pusat tahanan bersama-sama penjenayah dewasa bagi mengelakkan mereka berkeliaran ketika lawatan Pope berkenaan, pada Rabu. lalu
Tujuannya untuk menyembunyikan imej kemiskinan di ibu kota Filipina, Manila yang sebenarnya teruk.
Tinjauan dilakukanmenunjukkan , kanak-kanak itu ditahan di pusat tahanan yang kotor dan terpaksa tidur di atas lantai simen yang sejuk.
Ada juga kanak-kanak telah digari kerana kelakukan mereka tidak dapat dikawal dan ada yang dipukul oleh tahanan lain selain dibiarkan kelaparan.
Kira-kira enam juta orang dijangkakan menghadiri perhimpunan besar-besaran oleh Pope Francis di Rizal Park pada Ahad ini yang akan turut disaksikan di seluruh dunia melalui televisyen.
Jadi, kerajaan Filipina dikatakan melakukan tindakan itu bertindak begini untuk mengelakkan daripada gambaran sebenar itu disaksikan.
Akses ke pusat tahanan itu selepas mengikut Pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang juga paderi Shay Cullen, 71, yang mengusahakan pembebasan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari situ.
Kanak-kanak itu kini diletakkan di sebuah rumah perlindungan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI