pray for mejar zaidi....negara hilang seorang pegawai tentera yang berani dan baik





Mejar Zaidi mendukung anak perempuannya di luar Mahkamah Tentera, di Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya, hari ini.

Kita menyifatkan negara hilang seorang tentera yang baik selepas pemecatan Mejar Zaidi Ahmad yang diputuskan Mahkamah Tentera hari ini.

Selepas berbulan-bulan turun naik ke mahkamah, Zaidi yang berkhidmat bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 26 tahun kini dilucutkan daripada jawatannya hanya kerana laporan polis terhadap dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Beliau didapati bersalah kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan media sebelum mendapat kebenaran menteri pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera mengikut Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

Mejar Zaidi memainkan peranannya sebagai rakyat dengan membangkitkan skandal terbesar yang meragukan semasa PRU13.

Untuk itu, beliau terpaksa membayar dengan harga yang tinggi, dan negara hilang seorang tentera sejati hari ini.

Kita  melahirkan kekecewaan terhadap keengganan mahkamah yang tidak mahu menunggu terlebih dulu semakan kehakiman tetapi sebaliknya terus menjatuhkan hukuman tanpa di cabar dengan membelakangkan  prinsip  keadilan  dan integriti  prosiding.

Namun begitu ada lagi  satu  semakan kehakiman untuk permohonan kebenaran yang akan didengar pada 5 Februari  nanti  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai salah satu langkah akhir menegakkan keadilan kepada Mejar Zaidi.

Zaidi didakwa mengikut Seksyen 502(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur.

Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya mengaku pada November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi.

Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Zaidi, yang berpangkalan di kem Butterworth di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April 2013.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI