bila dedah penyelewengan di anggap satu kesalahan...akhir mejar zaidi jadi wira tanpa senjata bila didapati bersalah oleh mahkamah perut....!!!





Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah di Mahkamah Tentera  ( PERUT ) di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.

Ketika diminta mahkamah rayuan untuk merayu hukuman lebih ringan, pegawai TUDM berusia 45 tahun itu berkata, akan berjumpa dengan pendakwa dan para hakim di "mahkamah Allah".

Selepas mengumumkan Zaidi didapati bersalah, panel membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan dan memberi beliau masa untuk bercakap dengan panel tentera.

Zaidi mendakwa panel tersebut mempunyai agenda politik, dan berkata mereka lebih bimbangkan "penuhi perut sendiri" daripada menggunakan otak.

Ini menyebabkan mahkamah mencelah ucapan beliau. Bercakap tanpa berhenti, beliau dihentikan sekali lagi dan diminta menghormati mahkamah.

Sebaik sahaja itu, Zaidi berhenti bercakap dan memberitahu mahkamah, beliau tidak ada apa-apa untuk dikatakan lagi jika beliau tidak dibenarkan kebebasan untuk berucap.

"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya.

Awal hari ini, panel mahkamah memutuskan yang pendakwa berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Mejar Zaidi, 2 daripada 7 dakwaan terhadapnya.

Panel tersebut yang diketuai pegawai pengerusi Kol Saadon Hasnan berkata 8 saksi dipanggil ke kandang saksi sejak perbicaraan bermula pada Mei 2013.

"Pihak pendakwa berjaya menubuhkan kes prima facie terhadap yang tertuduh bagi dakwaan kedua dan ketiga, oleh itu kami dapatinya bersalah atas dua dakwaan," kata Saadon.

Sebelum ini beliau mengumumkan Mejar Zaidi akan membela dirinya sendiri di mahkamah kerana majlis pembela "tidak dapat menghadiri perbicaraan".

"Majlis peguambela tidak dapat menghadiri mahkamah tetapi perbicaraan masih akan diteruskan," katanya sebelum mengumumkan keputusan mahkamah.

Zaidi didapati bersalah kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan pihak media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

Saadon, dalam menyampaikan keputusan mahkamah berkata yang tertuduh diberi peluang untuk mempertahankan dirinya tetapi memilih untuk berdiam diri.

Pendakwaraya Rose Annuar Aripin meminta mahkamah menjadikan kes Mejar Zaidi contoh terbaik bagi mereka yang terlibat dengan angkatan tentera.

"Beliau juga salah satu pegawai tertinggi yang bertanggungjawab ke atas skuad beliau, oleh itu beliau patut dihukum sekeras-kerasnya," kata Rose Annuar.

Rose Annuar juga menambah, dengan lebih 20 tahun perkhidmatan beliau, Zaidi sepatutnya lebih sedar dan matang dalam tindakannya.

Mahkamah bersurai untuk 3 jam dan akan bersambung pada 2 petang hari ini di mana mahkamah akan memutuskan hukumannya.


##


ya contoh terbaik...lepas ini di harap ada lagi  pegawai tentera  dapat mencontohi keberanian beliau menegakkan kebenaran.tak perlu khuatir dengan periuk nasi..kerana rezeki itu ada di  mana mana..Allah SWT yang pemberi rezeki  dan bukan  mereka yang menjaga perut sebagai pemberi rezeki..

NAMPAKNYA DI NEGARA INI MENDEDAH PENYELEWENGAN  DEI ANGGAP SATU KESALAHAN...



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI