lori buah kemalangan,ada yang berpesta kutip rezeki haram..?

BAGAI rezeki HARAM datang bergolek..?










Sekitar Pasar Borong Selayang, Selangor pagi tadi meriah bagai pesta apabila orang ramai berpusu-pusu mengutip lambakan buah oren di bawah flyover.

Ini berikutan terjadinya satu kemalangan kecil di atas flyover membabitkan sebuah lori kontena yang sarat membawa buah oren.

Insiden kira-kira pukul 8.30 pagi ini menyebabkan lori berkenaan ‘memburaikan’ kesemua muatan buah oren yang dibawa.

Bukan hanya penduduk tempatan malah warga asing seperti Nepal, Bangladesh dan Vietnam sanggup bersesak-sesak mengambil buah oren berkenaan.

Menurut sumber di tempat kejadian, bila terjadinya insiden seumpama ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan pihak peniaga tidak akan mengambil buah-buahan tersebut kerana kebanyakannya sudah rosak dan tidak boleh dijual.

Lori tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal namun punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan


Bagi umat islam adalah  telebih afdal bertanyakan orang yang arif dalam hal  agama islam  akan hukum memakan  makanan seperti ini kerana di khuatiri  menjadi rezeki haram  yang halal bagi api neraka memakan setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram  kecuali telah di izinkan oleh pemunyanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI