kejutan romantik berakhir dengan di tembak




Fayetteville (Amerika Syarikat): Hasratnya untuk memberi kejutan romantik kepada isterinya dengan sarapan pagi di kamar tidur berakhir dengan dia ditembak kerana disangka perompak.

Menurut polis di Fayetteville, Zia Zegule, 28, berlepas ke pangkalan tentera Fort Bragg seperti biasa pada jam 8 pagi, tetapi kembali semula ke rumahnya untuk menyediakan sarapan romantik untuk isterinya.

Dia bagaimanapun telanggar penggera keselamatan dan apabila menghampiri kamar tidurnya, dia ditembak dari dalam sekitar jam 10 pagi oleh isterinya, Tiffany Zegule, 27, yang kembali tidur selepas suaminya ke tempat kerja.

Polis berkata, Zegule memasuki rumah itu dari pintu depan, tetapi tidak dapat disahkan sama ada dia memanggil isterinya sebelum dia ditembak.

Menyedari apa yang berlaku, Tiffany menelefon panggilan kecemasan. Pasukan paramedik yang tiba di rumah itu bagaimanapun berkata, Zegule masih dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital dengan ambulans.

Anggota tentera itu kini stabil dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital di Carolina Utara beberapa hari lagi.

Polis berkata, Tiffany mungkin begitu bimbang berikutan beberapa kejadian pecah rumah di kawasan kejiranan itu.

“Dia melakukan apa yang dirasakan perlu untuk mempertahankan dirinya ketika itu,” kata jurucakap polis Fayetteviklle kepada stesen televisyen WTVR.

“Dia bangun dan mengambil senjata lalu menembak dari dalam bilik. Tembakan itu kena dada suaminya.”

“Dan sebagai wanita yang bersendirian di rumah itu, dia pasti berasa bimbang mengenai keselamatannya dan bertindak untuk melindungi diri sendiri,” kata Jose Estrella yang tinggal berhampiran rumah pasangan berkenaan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI