RM63,000 untuk duduk atas katil 72 hari



GAMBAR hiasan menunjukkan beberapa orang menjalani ujian untuk penyelidikan bagi membantu angkasawan di angkasa lepas.


Washington: Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), NASA, dilaporkan sedang mencari sukarelawan yang bersedia berada di atas katil selama 72 hari untuk tujuan penyelidikan.

Sepanjang tempoh itu, mereka dibenarkan untuk menonton televisyen, menggunakan telefon bimbit, membaca buku, menghubungi rakan dan berkomunikasi melalui aplikasi Skype.

Seperti yang dipetik dari laman web Amerika Syarikat, Truhtalerts, semalam, kerja yang dilakukan sukarelwan itu tidak dibiarkan begitu saja kerana mereka akan dibayar sebanyak AS$18,000 (RM63,000).

Mereka akan dijadikan bahan kajian untuk mengetahui kaedah bagi mengekalkan kesihatan angkasawan yang mengembara dalam tempoh panjang dan lama di angkasa lepas.

Sepanjang berada di atas katil itu, sukarelawan akan dipantau oleh pasukan perubatan yang akan memeriksa kesihatan jantung, tulang dan sel darah bagi mengekalkan keselamatan dan kesihatan mereka.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI