NAMPAK SANGAT NIPUNYA.......sirul di Australia, tidak cukup wang untuk pulang...ingat budak kecik ka hang semua nak kelentong..pergi mampos la dengan hang punya kelentong...!!!



Tertuduh kedua kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Korporal Sirul Azhar Umar yang tidak hadir perbicaraan hari ini dikatakan berada di Australia tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang ke Malaysia, lapor lidah syaitan  Bernama.

Agensi  lidah bercabang  berita nasional itu memetik sumber yang mengatakan, Sirul sedar tarikh penghakiman mahkamah jatuh pada hari ini, bagaimanapun tidak boleh melakukan apa-apa kerana masalah kewangan.

Menurut  kelentong dari  Bernama lagi , Sirul sudah berada di luar negara kira-kira dua bulan lepas dan ketika ditanya adakah dia tidak pulang kerana sudah menjangka keputusan yang tidak berpihak kepadanya, sumber tersebut berkata, "Ia (keputusan) tidak boleh dijangka namun Sirul masih perlu berada di luar negara."

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan tertuduh pertama Ketua Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati kedua-dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Berikutan ketidakhadiran Sirul Azhar, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan Azilah dibawa ke penjara.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu.

Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan pukul 1 pagi pada 20 Oktober 2006



##

nampak sangat nipunya...

itu lah yg bagusnya tinggal di malaysia. 1 malaysia !!!! mana-mana yg lakukan criminal kelas (v.i.p) dont worry , because u been protec by (beend). if u under criminal kucing kurap u die.

sajer wa nak tunggu kalau  kalau  ada berani  mahkamah mengatakan sesiapa yang mempertikai hukuman ini di anggap menghina mahkamah wajar di penjara...so wa nak jadi worang yang pertama menghina mahkamah PERUT..hakim dan pendakwaraya  semuanya BARUA  yang jaga periuk NASI...memang celaka  dan sialnya mahkamah di negara ini...




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI