2 pembunuh utama terlepas...altantuya mati katak angkara mahkamah perut kekal jatuhkan hukuman mati terhadap 2 kambing hitam yang ntah siapa pelakonnya...!!!



Dua bekas komando polis dijatuhkan hukuman mati hari ini selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan kes Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azahar Umar dengan dakwaan yang membawa hukuman maut itu.

"Mahkamah Rayuan tersilap dalam mengenepikan keputusan mahkamah sebelum ini dan membebaskan mereka," kata Suriyadi yang merupakan salah seorang daripada panel lima hakim.

Pada 23 Ogos, 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul serta membebaskan mereka.

Azilah tidak menunjukkan apa-apa perasaan semasa keputusan dibacakan sementara Sirul tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Tun Abdul Majid Tun Hamzah memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan permohonan itu diterima.

Empat tahun sebelum itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaki Mohd Yassin mendapati mereka berdua bersalah dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Bukti dalam mahkamah mendedahkan yang penterjemah Mongolia itu sama ada dibunuh dengan peledak C4 ataupun dibunuh terlebih dahulu sebelum diledakkan pada 18 Oktober, 2006, di pinggiran luar Shah Alam berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa memanggil mereka untuk membela diri.

Bagaimanapun, pihak pendakwa tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Motif pembunuhan Altantuya masih misteri walaupun dengan sabit kesalahan tersebut.

Dalam respons segera Tun Majid yang menjalankan kes dari Mahkamah Persekutuan, beliau berkata lega perkara ini sudah selesai dan kerja kerasnya membuahkan hasil.

Peguam bela Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul berkata, kali terakhir beliau menghubungi kliennya ialah seminggu selepas keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Jun tahun lepas.

"Kami tidak dapat menghubunginya untuk memberitahu keputusan mahkamah kerana kita tidak mempunyai nombor telefon bimbitnya yang terbaru," katanya.

Satu-satunya pilihan yang ada kini adalah untuk bekas polis itu merayu kepada Sultan Selangor supaya merendahkan hukuman mati mereka kepada penjara.

Turut hadir di perbicaraan tersebut ialah wakil kerajaan Mongolia Reynolds Augustine.

Suriyadi berkata bukti alibi Azilah yang mengatakan dia tidak berada di tempat kejadian adalah "non-starter" kerana bukti tersebut hanya berasaskan penafian.

Beliau berkata, kenyataan bersumpah Sirul dari kandang mahkamah ditolak sepenuhnya, meninggalkannya tanpa pembelaan.

Suriyadi berkata Azilah banyak bergantung kepada tulisan diari stesen polis Bukit Aman yang mengatakan dia tidak berada di Puncak Alam, di mana tempat kejadian berlaku di Shah Alam.

Beliau berkata penulis diari tersebut tidak digunakan untuk mengesahkan kebenaran dan sekiranya tidak dibuktikan, ia kekal cakap-cakap sahaja.

"Dengan hanya notis alibi dan dokumen yang tidak disahkan untuk bergantung, berbanding dengan kes padat pihak pendakwa, yang kes ini dibuktikan prima facie juga mengejutkan."



kronologi pembunuhan altantuya...

KES pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, merupakan salah sebuah skandal terbesar yang pernah

‘menggoncang’ institusi kerajaan Malaysia oleh kerana jelas terdapat penglibatan pegawai tinggi dalam pentadbiran negara dan cubaan untuk menutup kes pemberian rasuah.

Hari ini, pensabitan hukuman mati kepada dua anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian wanita itu telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tanpa membawa atau memanggil saksi utama DSP Musa Safri pegawai khas najib yang mengelolakan  2 orang pegawai  pengiring najib yang di tuduh membunuh altantuya .

Berikut merupakan beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai kes pembunuhan kejam ini:

1. Altantuya Shaariibuu,28, merupakan seorang model dan penterjemah bahasa yang berasal dari Mongolia.

2. Altantuya kononnya di dakwa  pernah menjalinkan hubungan bersama penganalisis politik berpengaruh, Abdul Razak Baginda ( kambing hitam pertama  ), yang turut mengetuai sebuah organisasi sulit berkenaan pertahanan dan penulis teks ucapan bagi Datuk Seri Najib Tun Razak( Suspek utama ) semasa beliau masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

3. Pada 18 Oktober 2006, Altantuya telah dibunuh dan jasadnya diletupkan menggunakan bahan letupan bergred militari C4, di dalam sebuah kawasan belukar di Shah Alam, Selangor.

Cebisan mayatnya kemudian ditemui di sekitar kawasan tersebut.Persoalannya bahan peledak itu hanya kementerian pertahanan mempunyai akses terhadapnya jadi siapa yang membenarkan  bahan letupan berkenaan di bawa keluar..dan untuk apa..?

4. Razak Baginda telah dituduh bersubahat terhadap pembunuhan itu, namun kemudiannya dibebaskan pada 2008.( kambing hitam pertama di lepaskan )

5. Bagaimanapun, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, komando polis dan anggota elit unit keselamatan yang berkhidmat untuk Najib ketika itu; telah dituduh membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.( kedua dua kambing hitam memang sengaja di perangkap supaya menutup kejahatan pembunuh VIP yang sebenar ).

Kalau di hukum mati tiada siapa mengetahui wajah sebenar.Di khuatiri penagih dadah ,pusher dan penjenayah kes berat yang lain sebagai galang ganti .

Sementara pelakon sebenar akan di beri ganjaran dan identiti yang baru  supaya tiada siapa yang mengetahui )

6. Namun pada 2013, Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah Hadri daripada pertuduhan membunuh Altantuya.( sandiwara bermula )

7. Pendakwaraya kerajaan menfailkan rayuan terhadap pembebasan mereka, dan badan kehakiman tertinggi negara ini iaitu Mahkamah Persekutuan, telahpun mendengar rayuan tersebut tahun lalu. Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan yang dijatuhkan terhadap Sirul Azhar dan Azilah Hadri.

8. Altantuya didakwa terlibat dalam perbincangan pembelian kapal selam Scorpene bernilai US$1.1 billion daripada Perancis apabila kononnya Razak Baginda diamanahkan untuk menguruskan jual beli tersebut ( pada hal taiko utama  adalah Najib sendiri).

Khabar angin pantas tersebar bahawa terdapat juga  beberapa pegawai tinggi kerajaan menerima sogokan lumayan hasil daripada perjanjian itu dan Altantuya diarahkan untuk merahsiakan urus janji tersebut.

9. Pembunuhan Altantuya serta-merta menjadi isu politikal yang kontroversi dalam pentadbiran Najib, apabila pihak pembangkang menyifatkan kes itu sebagai agenda ‘tutup mulut’ kerajaan, malah  tindakan Najib yang enggan membersihkan dirinya di mahkamah dengan pembunuhan kejam tersebut walaupun jelas  terdapat  bahan bukti  yang menjurus ke arah itu.

10. Skandal sensasi ini telah menyebabkan Najib bersumpah di dalam sebuah masjid bahawa beliau tidak kenal siapa Altantuya Shaariibuu.Sumpah orang munafik ini sebenarnya menghina mahkamah .Apa guna adanya  mahkamah kalau tertuduh boleh bersumpah itu dan ini untuk lepas dari tuduhan .

11.Najib sebenarnya adalah dalang  kepada pembunuhan itu yang di bantu oleh bininya yang kaki joli rosmah mansur bagi menutup skandal itu dan skandal seks serta  habuan yang di minta oleh altantuya bagi khidmat yang di beri dan ini di dedahkan sendiri oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) bahawa , ‘VVIP’ yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

12.mengapa Musa Safri dan Najib tidak disiasat? kerana nama mereka ini jelas disebut secara lansung dalam perbicaraan kes Altantuya.

13.Tiada  penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

14.motif pembunuhan tidak di rungkai untuk mengetahui siapa pembunuh sebenarnya yang hakim mahkamah boleh tergamak menyatakan ianya tidak penting...( tidak penting kerana yang jadi pembunuh adalah orang orang bertaraf vip )


##


ha ha ha...sandiwara seperti yang di jangka...orang bodoh dan dungu yang percaya  pembunuhan ini kerana saje saje  ajer.Nak tegak benang basah apa lagi lagi bahan bukti dah nyata...setakat bercakap tiada bukti itu bodoh nama nya..lebih lebih lagi bila enggan naik ke mahkamah dah nyata jelas pelakunya .

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI