penyokong IS godam akaun Twitter Tentera AS
6:43 PG
akaun twitter
,
amerika syarikat
,
godam
,
luar negara
,
pejuang negara islam ( ISIL )
,
tentera amerika syarikat
Edit
WASHINGTON – Akaun Twitter dan YouTube pusat perintah tentera Amerika Syarikat (CENTCOM) yang mengendalikan operasi seberang laut di Asia Barat digodam oleh beberapa individu yang simpati dengan kumpulan pejuang Islamic State (IS).
IS sebelum ini menjadi sasaran pengeboman Amerika Syarikat (AS).
“Askar-askar AS, kami datang, waspadalah, IS,” menurut kumpulan penggodam tersebut di laman Twitter CENTCOM. Sehingga kini, kumpulan pejuang tersebut telah menguasai beberapa kawasan di Syria dan Iraq.
Akaun Twitter berkenaan turut menyiarkan satu senarai jeneral AS dan alamat mereka dengan tajuk “Army General Officer Public Roster (by rank) 2 January 2014.”
Pencerobohan siber itu disahkan oleh beberapa pegawai AS. Mereka berkata, insiden yang mana akaun-akaun tersebut ‘terjejas’ selama sekitar 30 minit adalah memalukan tetapi tidak mendatangkan kesan besar.
Pada masa yang sama, Biro Siasatan Pusat (FBI) menyatakan, pihaknya masih menyiasat insiden itu.
Sementara itu, jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren menegaskan bahawa Jabatan Pertahanan memandang pencerobohan tersebut sebagai satu jenaka atau tidak lebih daripada perbuatan vandalisme.
“Ia menyusahkan, ia juga menjengkelkan tetapi tiada sebarang maklumat sensitif atau sulit tertera terjejas akibat serangan siber ini,” kata Warren dalam satu taklimat akhbar
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI