double standard....kenapa polis tidak ada teloq nak tahan mashitah dan Ibrahim Ali...?
Pihak polis kelihatan mengamalkan sikap `double-standards’ kerana menahan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen tetapi tidak menahan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Datuk Ibrahim Ali.
Kedua-dua individu itu pernah membuat kenyataan berbaur hasutan berhubung dakwaan pembakaran Al-Quran di Kedah oleh kaum tertentu dan seruan supaya membakar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya tidak mempolitikkan penahanan Eric untuk memastikan ketenteraman awam. Jika begitu Ketua Polis Negara perlu menjelaskan kenapa tidak menahan Mashitah and Ibrahim.
Khalid kelmarin memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak mempolitik atau memanipulasikan isu tangkapan Eric sehingga boleh menjejaskan keselamatan awam.
Jangan lakukan sesuatu dengan niat jahat dan bersekongkol untuk membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan atas nama kebebasan yang boleh merosak dan menghancurkan fabrik masyarakat majmuk.
Khalid berkata, berkata tangkapan yang dibuat ke atas Paulsen adalah tangkapan berlandaskan undang-undang demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masayarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.
Eric ssebelum ini mengeluarkan kenyataan menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini pada setiap Jumaat dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat.
##
siapa tak kenal KPN...barua pecacai kerajaan UMNO-BN...double standard memang dah jadi kewajiban...tu pasal kalau pembangkang salah sikit cakap ajer cepat ajer di ambil tindakan...kalau pecacai umno-BN walau pun betapa teruk statement yang di keluarkan...tiada apa apa tindakan...
anjing ini sebenarnya menyalahguna kedudukan yang di beri dengan menjadi suara UMNO-BN untuk mengertak sesiapa yang menentang UMNO-BN..Jangan marah kalau orang ramai mengatakan polis nih dah jadi raja di malaysia...RAJA BARUA 1 MALAYSIA...
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI