bunuh kucing secara kejam dengan beri makanan beracun



Perbuatan membunuh kucing dengan cara meracun bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya kerap kali terjadi terutamanya di kawasan perumahan.

Alasan yang sering digunakan ialah, kucing gemar membuang air merata-rata di kawasan rumah sekaligus menyusahkan jiran tetangga untuk membersihkannya.

Namun, apapun sebabnya, ia tidak memberikan hak kepada kita untuk membunuh haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu.

Seorang pemilik kucing, Naniey Azhani berkongsi rasa sedihnya di Facebook apabila empat kucing mati, manakala tiga lagi masih hilang selepas diracun oleh jiran.

Menurutnya, kucing-kucing tersebut telah diberi makan perut ayam yang disaluti racun.

Apa yang lebih menyedihkan, ada di antara kucing tersebut mempunyai anak-anak kecil yang masih menyusu dan ada juga yang sedang mengandung.

Kalau pun kucing-kucing ini mengotorkan kawasan perumahan, bukankah lebih baik menyuarakan rasa tidak puas hati itu kepada pemiliknya.

Tak perlulah sampai dibunuh kerana akalnya tidak setanding manusia yang sepatutnya boleh berfikir secara waras

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI