pinjam buku secara digital





Perpustakaan Negara Malaysia mungkin sudah sedia popular dan diketahui umum bagi mendapatkan buku-bulu fizikal untuk rujukan dan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

Namun tahukah anda bahawa mereka juga turut menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk meminjam buku secara digital?

Dengan perkembangan arena digital, pihak Perpustakaan Negara Malaysia dilihat menyediakan kemudahan pinjaman buku secara digital kepada pengguna daripada koleksi yang disediakan oleh mereka.

Untuk membuat pinjaman secara digital daripada Perpustakaan Negara Malaysia, pengguna hanya perlu ke laman rasmi PNM, dan seterusnya mendaftar akaun percuma.

Sebaik sahaja selesai mendaftar, anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun menggunakan emel, dan seterusnya sudah boleh mengakses koleksi buku yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia.

Pihak PNM menawarkan kemudahan untuk pengguna pinjam sesuatu buku selama 7 hari secara digital di mana ia akan ditambah ke akaun anda untuk diakses, dan selepas tujuh hari ia akan dipadam.

Seperti biasa, anda masih boleh pinjam ia semula untuk meneruskan bacaan anda.

Untuk memudahkan proses membaca, pihak PNM menyediakan aplikasi untuk iPad dan juga Android, selain turut menawarkan kemudahan untuk membaca secara online.

Buat masa ini, penawaran buku digital melalui PNM masih terhad, tetapi ia mungkin ditambah dari hari ke hari, apatah lagi dengan perkembangan sihat dalam arena penerbitan digital dari hari ke hari

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI