hub pengecasan dengan wayar yang panjang



Mungkin anda pernah mengalami situasi ini di mana anda ingin menggunakan peranti ketika menonton TV tetapi bateri sudah turun ke tahap kritikal.

Apabila pengecas disambungkan, anda tidak boleh berbaring di atas sofa kerana kabel pengecas terlalu pendek dan anda terpaksa duduk di atas lantai dalam keadaan yang tidak selesa.

Dengan Comfortable Reach Charger masalah ini dapat diselesaikan.

Ia merupakan alat pengecas dengan wayar sepanjang 4 meter dan mempunyai 3 port USB untuk mengecas tiga peranti serentak.

Rekaannya kompak dan terdapat sistem pengurusan wayar terbina membuatkan ia mudah dibawa kemana-mana.

Dengan adanya pengecas wayar panjang ini anda boleh terus tidak mengendahkan isteri, anak atau kucing yang duduk sebelah anda di rumah dan meneruskan hidup di dunia Clash of Clan anda.

Ayat terakhir tadi adalah sarkastik tetapi malang sekali ianya berasaskan realiti.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI