restoran nasi kandar line clear...nie baru betul betul clear...he he he



Pemilik, Abdul Hamid Seeni Pakir menunjukkan keadaan restoran yang kosong kerana diangkut oleh pihak MPPP

JIKA ke Pulau Pinang, kunjungan pastinya kurang lengkap jika tidak datang ke restoran Nasi Kandar Line Clear (NKLC) yang cukup tersohor di negeri itu.

Terletak di sebuah lorong sempit di Jalan Pulau Pinang, George Town, restoran itu sudah beroperasi sejak tahun 1932 dan cukup terkenal dengan kesedapan nasi dan lauknya di kalangan pelanggan.

Bagaimanapun, kira-kira jam 4 pagi tadi, pemilik restoran tersebut, Hashim Abdul Hamid terkejut apabila meja, kerusi dan peralatan dapur di premis perniagaannya diangkut oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tiba dengan dua buah lori.

Ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan sedang menikmati nasi kandar di premis berkenaan yang beroperasi 24 jam sehari.

Menurut Hashim, pihak MPPP langsung tidak menjelaskan tujuan tindakan apatah lagi memberikan sebarang notis awal dan mereka hanya mampu melihat sahaja.

Justeru, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Timur Laut berhubung insiden itu.

Namun, pihak MPPP telah membuat penjelasan bahawa serbuan dan rampasan dilakukan kerana restoran itu menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Salah seorang pemilik restoran NKLC, Abdul Hamid Seeni Pakir, 65, dikatakan mengakui mereka tidak memiliki lesen tetapi pernah memohon sekurang-kurangnya lima kali iaitu pada tahun 2006, 2009, 2010, 2011 dan 2012 namun tidak diluluskan MPPP.

Sebelum ini, media tempatan pernah melaporkan restoran tersebut bakal menghadapi risiko penutupan gara-gara masalah lesen akibat perebutan giliran berniaga antara ahli keluarga pemilik restoran tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI