bila kakitangan hospital melayan pesakit macam taik.

Ibu Bapa Dengan Anak Demam Menanti Berjam-Jam


 
Coretan ini adalah pengalaman salah seorang bapa yang membawa anaknya yang berusia 9 bulan di wad kecemasan Hospital Serdang malam Isnin (dan berlanjutan ke Selasa pagi) satu ketika dulu supaya menjadi pengajaran serta ingatan supaya kes sebegini tidak berulang lagi.

Bukan tujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kakitangan awam yang cuai dan mengambil mudah amanah yang diberikan harus ditegur serta diambil tindakan tegas.

Bapa berkenaan tiba di hospital itu pukul 9.30 malam dan perkara pertama yang dibuatnya mendaftar anaknya selepas itu melalui proses saringan. Semua itu berjalan lancar dan pantas… hanya 10 minit… Namun, dari 9.40 beliau menanti sehingga pukul 3.45 pagi untuk anaknya yang sedang demam mendapat rawatan. Itu pun bukannya sebab nombornya sudah dipanggil, tetapi sebab sudah tidak bertahan maka beliau masuk ke bilik rawatan.



Kalau beliau masih menunggu dengan badan anaknya yang sedang panas membara… entah pukul berapa lagi baru anaknya akan mendapat rawatan. Apa yang dilihatnya sebaik masuk bilik rawatan…. dua kakitangan yang merupakan pembantu kesiahatan (MA) sedang rancak berborak sambil makan kerepek. Dua orang duk makan kerepek… apa yang anda dapat rumuskan? Sudah semestinya tidak ada kecemasan kan?

Kalau ada takkan dekat pukul 4 pagi boleh duduk makan kerepek sambil bersembang. “Oh… kami baru nak panggil nombor ini” respon yang diberikan salah seorang daripada dua HA itu…. lebih pada nak cover line. Oh yea… bukan bertujuan racist… tetapi andai la kalau Pengarah Hospital Serdang rasa nak buat kerja dan perbaiki mutu kerja kakitanganya, maka kedua kakitangan itu adalah perempuan India muda.

Tujuan kami letak untuk narrow down siapa yang kami maksudkan itu. Ok… sekarang berbalik dari tempoh 9.40 malam (selepas saringan) hingga terpaksa menebalkan muka masuk ke bilik rawatan untuk anak dapat perhatian…apa yang dilihat bapa berkenaan?

Antaranya… budak-budak di bawah umur setahun ada yang menangis sampai sejam tanpa ada pegawai perubatan yang kisah. Ada ibu-bapa yang tak larat menunggu sehingga terpaksa pulang (mungkin berkerja pada esok hari), ada yang terpaksa berbaring di kerusi hospital kerana terlalu lama menunggu.

Sepatutnya keutamaan diberikan kepada anak-anak kecil tetapi itu tidak berlaku. Hospital Serdang sudah bagus polisinya apabila 3 bilik rawatan dibuka pada malam itu… namun semua bilik macam hendak tak nak aje memberikan rawatan. Hanya satu bilik menerima pesakit satu masa dan dua bilik diam.

Seolah-olah ada persefahaman antara yang berkerja untuk bergilir-gilir melayan pesakit dan bukannya secara serentak. Satu bilik kerja, dua bilik relax berjam-jam. Bilik yang berkerja tu pun hanya akan panggil dua tiga nombor sebelum pesakit terpaksa menunggu terlalu lama bagi nombor seterusnya. Lepas tu bilik lain pulak buat kerja sikit. Dan tentu dengan cara itu kakitangan yang sepatutnya berkerja boleh gilir-gilir tidur kan…

Akhirnya nanti semua bilik rawatan nampak macam berkerja dan melayan pesakit tetapi ia dibuat dengan bergilir-gilir sebenarnya. Pandai-pandai buat sistem kerja sendiri… Sangat licik taktik seperti itu bukan. APA NI?

Lawak jenaka ke dalam melayan pesakit? Kerajaan membelanjakan bilion ringgit setiap tahun untuk perubatan percuma, polisi semua sudah diatur, tatakerja sudah diperjelaskan, piagam pelangan terpampang di dinding hospital… namun kakitangan hospital yang BIJAK PANDAI membuat sistem kerja sendiri seperti hanya satu bilik melayan pesakit dan dua lagi berehat.

Akibatnnya sampai kena tunggu dekat 6 atau 7 jam sebelum dilayan… Penulis yakin semua itu sengaja dibuat dan kelemahan pemantauan hospital adalah punca terjadinya sikap seumpama itu. Bapa berkenaan bukan mahu komplen tetapi itu sahaja pilihan hospital yang dia ada waktu itu… namun kakitanganya pula memilih untuk makan kerepek sambil bersembang sesama sendiri.


##

ha ha ha....spesis paria macam tu ada di mana mana....kalau bernasib baik boleh jumpa di KPL mahmoodiah JB....boss dengan dia sama warna kulit...nasib tak baik kalau komplen....masuk tong sampah ajer....nak komplen.. terus ke pengarah...kalau nak tau  pengarah  pun ada main warna kulit...kita tengok apa respond  dia....kalau dia masih selesa kat situ dan perangai tak ubah ubah....2x5 juga  dengan pengarah...tak kira apa bangsa sekali pun....!!!!


Bukan di hospital serdang sahaja...tapi kebanyakan hospital di malaysia memang macam tu... diharap kementerian kesihatan dapat membuat perubahan dari segi sistem nombor seprti di mc d...kalau lambat naik merah nombor dia....nak pantau kan senang...kaji berapa lama pesakit di rawat dan apakah jenis rawatan diterima...kalau jenis rawatan demam takkan sampai tujuh jam tunggu???please kementerian dan MA anda dibayar elaun dan bukan gaji percuma???dah dapat elaun kritikal pun masih tak berubah mutu perkhidmatan....anda lebih untung dari paramedic yang lain...!!!!

kalau nak lebih thrill lagi pergi  siasat   KK Labis , Johor...cuba pastikan  yang yang bertugas  on call...nama hasbollah....cuba datang dalam pukol  11 malam dan katakan anak kita kena semput....kita tengok  apa tindakan  dia...kalau bernasib baik .....kalau nasib baik la...dapat la layanan ciput darinya....aku sendiri ada sejarah dengan mangkuk hayun nie...cuma aku tak sempat  nak buat komplen sebab dokumen yang  mengandungi kronologi  lengkap perangai busuk  dia dah hilang mungkin dah terdelete  dari komputer aku....nampaknya nasib dia baik kali ini...

kalau jumpa  dokumen aku tak tau la samada boleh komplen atau tidak sebab dah lebih 3 bulan...kalau tak mampu nak serve pesakit  jangan duduk kuarters la...beri ajer kuarters tu pada orang yang  betul betul nak serve pesakit dan bukan mengharap elaun buta ajer...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI