tercemar dengan bakteria Listeria monocytegenes.... 20,000 biji epal California disita
8:16 PG
amerika syarikat
,
berita
,
dalam negeri
,
epal hijau
,
import
,
jabatan kesihatan
,
KKM
,
listeriosis
,
luar negara
,
sita
,
tercemar
Edit
Epal hijau jenis Granny Smith dari California, Amerika Syarikat dikhuatiri tercemar dengan bakteria Listeria monocytegenes yang memudaratkan kesihatan.
KUCHING – Hampir 20,000 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai kira-kira RM82,000 yang disyaki tercemar dengan bakteria Listeria monocytegenes disita oleh Jabatan Kesihatan Sarawak dalam dua operasi berasingan di Sibu dan di sini kelmarin.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zulkifli Jantan berkata, operasi berkenaan diadakan selepas mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan berikutan tindakan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat mengeluarkan notis tentang pencemaran tersebut kelmarin.
Katanya, pihak pembekal juga sudah diarahkan menarik kembali epal berkenaan di seluruh negara bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI