muka ditusuk pancang besi



TIGA anggota bomba sedang memotong sebatang pancang besi yang menembusi muka buruh berkenaan.

BEIJING – Seorang buruh binaan di sini hampir maut selepas mukanya ditembusi sebatang pancang besi selepas terjatuh di sebuah tapak pembinaan di bandar Chongqing di wilayah Yongchun, barat daya China baru-baru ini.

Kejadian tersebut berlaku ketika lelaki berkenaan terjatuh di atas sebatang pancang besi ketika menuruni tangga di sebuah tapak pembinaan.

Beberapa pekerja terpaksa memotong pancang besi berkenaan yang menembusi dari bahagian bawah rahang sehingga ke hidung mangsa sebelum membawanya ke sebuah hospital berhampiran.

Ketika di hospital doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk sekali lagi memotong lebihan pancang besi berkenaan sebelum mengeluarkan besi itu melalui pembedahan.

Seorang doktor berkata, lelaki itu yang terpaksa menahan kesakitan ketika pancang besi dipotong sangat bernasib baik kerana besi tersebut tidak mengenai saluran darah utama.

"Pesakit ini berada dalam keadaan stabil dan dia dijangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI