perompak menangis rancangan gagal



GAMBAR menunjukkan perompak terbabit menangis selepas gagal merompak. -

Georgia (Amerika Syarikat): Seorang perompak menangis apabila rancangannya merompak sebuah hotel di sini tidak berjaya.

Rakaman video menunjukkan perompak itu, selepas mencuri sejumlah kecil wang, meninggalkan hotel Days Inn di sini dengan menutup mukanya.

Kerani hotel itu membenarkan dia mengambil wang di kaunter.

Kerani itu berkata, perompak terbabit kecewa lalu menangis selepas diberitahu dia memberitahunya dia tidak mempunyai akses kepada peti simpanan dan kamera keselamatan.

“Suspek yang bersenjatakan pistol meninggalkan hotel itu dengan menangis sambil menutup mukanya,” kata polis.

Ini bukan kejadian pertama yang mengecewakan perompak.

Januari lalu, seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank, berusaha sedaya-upaya menarik pintu tertera perkataan ‘tolak.’


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI