Sebuah NGO yang ada kaitan di naungi mafia kelmarin membuat tawaran terhadap Koperal Sirul Azhar Umar untuk pulang ke Malaysia dan menghadapi hukuman mati yang telah dijatuhkan kepadanya oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa lalu.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan Pemantau Jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan, tawaran tersebut dilakukan dengan memberikannya tiket penerbangan percuma setelah Sirul yang dilaporkan berada di Australia, tidak mampu untuk pulang ke Malaysia akibat kesempitan duit.
“Sekiranya alasan yang diberikan peguamnya itu sah dan tidak berniat untuk melarikan diri daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan, sudah tentu dia akan menerima tawaran ini dan pulang untuk menghadapi hukuman.”
Umum sedia maklum, Sirul, salah seorang suspek kes bunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah setelah kes tersebut berlangsung selama kira-kira 9 tahun.
Walau bagaimanapun, menurut Sanjeevan, asalan yang diberikan oleh peguambela Sirul itu tidak munasabah dan tak masuk akal!
Bukan itu sahaja, dia turut kesal dengan tertuduh dibenarkan bebas daripada ikat jamin ketika rayuan terhadap pembebasannya sedang dibuat.
“Pergerakannya harus dipantau dengan teliti selepas ikat jamin tetapi bagaimana seorang suspek pembunuhan dalam kes berprofil tinggi boleh keluar negara tanpa dikesan?
Perkara ini perlu disiasat dengan rapi dan perlu berasa malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa negara.”
Pada tanggal 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua-dua suspek setelah dituduh membunuh Altantuya pada 2006.
##
nak siasat apa lagi...semuanya adalah sandiwara pihak berprofil tinggi yang terlibat dengan pembunuhan altantuya..bagaimana kes yang berat macam ini pihak berkuasa boleh beri kebenaran melarikan diri..yang pelik passport si sirul tidak di tahan sedang pesalah pesalah lain di negara sudah tentu passport dah lama kena tahan dan boleh jamin pulak...nampak pelik bukan ..tapi kan dah nama nya sandiwara...
yang mana kita sudah sedia maklum yang australia adalah negara yang tidak mengamalkan hukuman mati terhadap pesalah jenayah.jadi bila kerajaan nak extradisi si sirul ini pihak australia beri syarat ...boleh di hantar kembali tetapi tidak dengan hukuman mati...kat situ dah nampak sandiwaranya ...dan akhir semua pelaku pembunuhan terlepas dari hukuman..percayalah...
samada hantar atau tidak kerajaan malaysia yang melindungi penjenayah berprofil tinggi akan tersepit dalam hal...samada di blackmail oleh australia yang tau akan kes ini atau rakyat negara ini lama kelaman yang mana buta kayu akan tahu sandiwara ini dan akan mengugat keputusan pru yang ke 14 nanti jika tidak di tangani dengan cermat .
yang pelik NGO yang offer tiket ini terpalit juga mafia alcapone malaysia...semacam ada agenda tersembunyi NGO ini..cuba baca ini..
"MyWatch", sebuah NGO yang begitu hebat 'membongkar' perilaku anggota PDRM suatu ketika dahulu tiba-tiba terus hilang suara setelah kes beliau berjaya memenangi tender plat nombor kereta mewah BMW, yang tertera Nombor pendaftarannya BMW 8 dan BMW 11.
Nilai nombor plat BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000. (rujuk di sini)
Alasan yang diberikan oleh Pengerusi MyWatch adalah : "Tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkan usaha gigih saya mendapatkan wang".
Timbul pertanyaan dikalangan masyarakat, semuanya dilihat seakan ada hubungkaitnya dengan pendedahan demi pendedahan aktiviti sumbang anggota PDRM yang berpangkat tinggi oleh Sanjeevan, Pengerusi NGO tersebut.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI