anak perempuan CEO Korean Air tunduk mohon maaf atas insiden memaki hamun




HYUNG-AH tunduk memohon maaf dalam satu sidang media di Seoul kelmarin berhubung insiden beliau memaki hamun pengurus kabin sebuah pesawat Korean Air.

SEOUL – Anak perempuan Ke­tua Pegawai Eksekutif (CEO) Korean Air melawat seorang ketua kru kabin semalam bagi memohon maaf kerana mengusirnya dari sebuah pesawat berhubung cara beliau dihidangkan kacang macadamia selepas timbul dakwaan pekerja tersebut dipaksa berlutut dan memohon maaf kerana kesilapannya.

Wanita berkenaan, Cho Hyun-ah yang merupakan eksekutif kanan Korean Air meletak semua jawatannya dalam syarikat penerbangan berkenaan pada Selasa lalu selepas insiden itu membangkitkan kemarahan orang ramai selain mencetuskan siasatan pihak berkuasa.

Wanita berusia 40 tahun itu memaksa sebuah pesawat dari New York ke bandar raya ini kembali ke terminal dan menghalau ketua kru kabin pada 5 Disember lalu selepas beliau berang dihidangkan kacang macadamia walaupun tidak memintanya selain makanan itu didatangkan dalam paket dan bukan mangkuk.

Hyun-ah yang duduk di kelas pertama, memaksa pengurus kabin, Park Chang-jin dan seorang pramugari berlutut di hadapannya sambil mencerca Chang-jin dan menyucuknya dengan buku panduan perkhidmatan, kata ketua kabin tersebut.

Beliau melawat kediaman ke­dua-dua pekerjanya pagi semalam untuk memohon maaf secara peribadi tetapi mereka ketika itu tiada di rumah.

“Hyun-ah kemudian meninggalkan nota permohonan maaf di pintu kediaman mereka,” kata seorang jurucakap Korean Air.

Wanita itu juga menafikan pernah memaksa kedua-dua pekerjanya supaya berlutut.

“Saya tidak pernah mendengar tentang perkara itu. Saya tidak tahu menahu mengenainya,” kata Hyun-ah selepas ditanya wartawan berhubung dakwaan Chang-jin dalam satu temu bual dengan stesen televisyen KBS di sini.

Seorang penumpang lain yang duduk di kelas pertama penerbangan sama bagaimanapun mengesahkan hampir semua dakwaan lelaki itu, malah dia mengaku melihat mereka berlutut.

“Saya berasa begitu kasihan kepada mereka yang kelihatan amat takutkan Hyung-ah,” kata penumpang tersebut kepada KBS selepas memberi ketera­ngan berhubung insiden itu kepada pihak pendakwa raya di sini kelmarin.

Terdahulu, CEO Korean Air, Cho Yang-ho mengadakan satu sidang akhbar pada Jumaat lalu untuk memohon maaf berhubung perbuatan biadap anak perempuannya itu.

“Saya gagal membesarkan anak perempuan saya dengan baik. Semua ini salah saya,” katanya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI