budak perempuan tersepit di pintu berpusing
Tidak dinafikan ramai kanak-kanak gemar bermain pintu pusingan yang terdapat di pusat beli-belah.
Bagi ibu-bapa yang menyangka ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada anak mereka, kejadian di Nanchang, Wilayah Jiangxi di China ini mungkin boleh dijadikan iktibar.
Entah di mana silapnya, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tersepit di celah pintu pusingan itu.
Usaha orang ramai untuk mengeluarkan kanak-kanak itu pada mulanya tidak berjaya sehinggalah pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.
Seorang anggota penyelamat dilihat menggunakan alat khas untuk membuka pintu tersebut.
Sebaik sahaja dia berjaya dikeluarkan, orang ramai bersorak kegembiraan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI