rupanya di negara ini ada kementerian " KEMALUAN " tahniah...selama ini tindak tanduk kementerian yang ada banyak yang menjatuhkan" KEMALUAN " cuma tidak di sahkan lagi...kah kah kah





Tidak ada perkara yang boleh dipermain-mainkan apatah lagi melibatkan nama baik institusi kementerian negara kita.

Isu perihal perkataan ‘kemajuan’ yang ditukar kepada ‘kemaluan’ dalam surat rasmi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang tersebar baru-baru ini dianggap tidak kelakar dan tidak boleh dimaafkan.

Berikutan itu, insiden yang dipandang serius oleh pihak KKLW ini akan diambil tindakan serius kepada mana-mana individu yang terlibat mencemarkan nama kementerian tersebut.

Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Cawangan, Kementerian KKLW Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Negeri Sembilan/Melaka ini tercemar gara-gara disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membuat pindaan pada perkataan ‘kemajuan’ kepada ‘kemaluan’.

Susulan insiden tersebut, KKLW telah membuat laporan polis di balai polis Seremban 2  kononnya bagi memelihara kredibiliti kementerian itu.

Selain itu, pihak kementerian KKLW telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pengedaran keratan surat itu.


Surat yang ditandatangani oleh Mohd Alfian Alwi bagi pihak pengarah Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Pejabat Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka ini  kononnya  telah dicemari oleh pihak yang ingin membuat onar terhadap kementerian tersebut.

Menerusi laman rasmi Facebook KKLW memaklumkan individu yang menyebarkan gambar keratan surat rasmi berkenaan dipercayai cuba menfitnah KKLW hingga menyebabkan KKLW bertindak membuat laporan polis.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan salah faham sekaligus menjejaskan nama baik dan imej kementerian,” katanya.


KKBS...contoh kementerian yang menjatuhkan  " KEMALUAN" hinga menyebabkan penyokong hoologan malaysia mencari gaduh dengan penyokong vietnam...biasalah  bila pegawai bolasepak tiang  ...penyokong apatah lagi...






About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI