datuk marah cucu...PS 4 jadi mangsa
Seorang datuk yang begitu marah bertindak nekad menghancurkan set permainan video PS4 milik cucunya selepas mereka bertengkar.
Tidak di ketahui dengan jelas punca yang menyebabkan datuknya begitu marah.
Apa yang jelas, datuknya itu marah kerana cucunya itu hanya menghabiskan masa di rumah bermain permainan video.
Selepas bertengkar beberapa ketika, datuk mereka masuk ke dalam sebuah bilik dan membawa keluar tukul besi lalu terus sahaja memusnahkan set permainan video berkenaan.
Cucunya yang berbadan gempal tidak mampu berkata apa-apa sebaliknya hanya mampu melihat sahaja set permainan terbaru PS4 itu musnah angkara amarah datuknya.
Ketika datuknya menghempaskan PS4 berkenaan ke atas meja, meja kaca itu pula pecah lantas datuknya terus memecahkan dan menghancurkan meja berkenaan pula.
Dahsyat betul datuk remaja ini bila marah, selamat jalan PS4.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI