resepi sardin cili padi




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 tin saiz sedang sardin Ayam Brand
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1/2 inci halia, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris serong
10 biji cili padi, tumbuk halus
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan atau garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis halia, bawang putih dan cili padi tumbuk hingga harum. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan masak hingga bawang dan cili layu.

Masukkan sardine bersama sosnya sekali. Kacau rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Biar mendidih. Perasakan dengan sos ikan secukup rasa atau garam.

Masak hingga pekat, akhir sekali tambah jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api.Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI