trek lumba lari atas bumbung sekolah
DISEBABKAN tiada pilihan lain dan kekurangan tapak, pihak pengurusan sebuah sekolah rendah di Tiantai, China terpaksa membina trek lumba lari sepanjang 200 meter di atas bumbung sekolah tersebut.
Walaupun dibina di atas bumbung, namun pihak sekolah tidak sesekali mengabaikan aspek keselamatan dengan membina dinding kaca setinggi enam kaki di sekeliling kawasan tersebut.
Malah, pihak berkuasa tempatan turut bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal segala aktiviti pelajar di lapangan tersebut.
Mesti lepas ni makin ramai pelajar akan gigih bersukan, yela sambil-sambil berlari dapat juga menghirup udara serta menikmati pemandangan dari atas bumbung sekolah kan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI