resepi peria kambas




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 biji peria kambas saiz sederhana
12 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1 camca besar tauco
1 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2 kiub pati ikan bilis

CARA MEMBUATNYA :-)

Peria dibelah dua, buang bahagian dalamnya, kemudian hiris, jangan terlalu tebal. Rendam dalam air yang dicampur garam selama 15 minit. Udang dibuang kulit, belah sedikit bahagian belakangna dan buang urat. Cuci dan toskan. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar), tumis bahan2 tumbuk hingga harum.

Masukkan sos tiram dan tauco, kacau rata dan masak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan udang, kacau dan tambah air. Bila udang bertukar warna, masukkan peria tadi (toskan dahulu). Gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga peria lembut. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.

Masak sejekap dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI