tentera syria mengambil kesempatan lakukan pembunuhan beramai ramai di aleppo ketika pakatan tentera penceroboh amerika mengebom kedudukan pejuang jihad IS
5:19 PG
beramai ramai
,
luar negara
,
pejuang negara islam ( ISIL )
,
pelarian
,
pembunuhan
,
syria
,
tentera pembebasan syria ( FSA )
,
turki
Edit
TENTERA FSA bersiap sedia dengan senjata buatan sendiri bagi menangkis serangan tentera yang setia kepada Bashar di Aleppo, Syria kelmarin.
Tentera Syria di tuduh mengambil kesempatan dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Aleppo dan kawasan sekitarnya di mana Turki bakal berdepan krisis pelarian besar-besaran jika bandar kedua terbesar di Syria itu jatuh ke tangan mereka.
Ketika jet perang Amerika Syarikat (AS) mengebom kedudukan kumpulan pejuang jihad Negara Islam (IS) di Syria, tentera Presiden Bashar Al-Assad meningkatkan kempen memerangi kumpulan penentang Syria di barat dan utara termasuk di Aleppo dan kawasan sekitarnya.
Ankara sebelum ini mendesak pakatan yang diketuai AS supaya meluaskan kempen dengan memerangi Bashar dengan alasan Syria tidak akan aman selagi Bashar berkuasa.
Walaupun bandar itu belum tewas, tetapi berada dalam tekanan yang amat berat.
Aleppo kini terbahagi kepada dua dengan tentera Bashar menguasai barat bandar itu dan kumpulan pemisah menduduki bahagian timurnya. Tentera Bashar kini semakin mengepung kedudukan kumpulan pemisah dan cuba menyekat laluan bekalan.
Tentera Bashar melakukan pembunuhan beramai-ramai menggunakan bom barel di timur laut dan barat Aleppo yang dikuasai kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Sekiranya Aleppo jatuh,maka Turki akan berdepan krisis pelarian besar-besaran dan serius,.
Turki sehingga kini menerima 1.5 juta pelarian berikutan perang saudara di Syria dan mendesak AS serta sekutunya mewujudkan kawasan selatan untuk pelarian di wilayah Syria
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI