kerabu jantung pisang




BAHAN-BAHANNYA :-)

2 biji jantung pisang kapas
12 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan dan celur 30 saat dan toskan
5 biji bawang merah kecil. hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 helai daun limau purut muda, hiris halus
2 biji cili padi merah, hiris halus
2 biji cili padi hijau, hiris halus
4 biji limau kasturi, perah jusnya
1/3 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)

1 biji cili merah
3 biji cili padi merah
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)

Jantung pisang dibuang sedikit kulit kerasnya. Cuci dan rebus dalam air mendidih yang ditambah sekeping asam gelugor. Rebus hingga empuk dan toskan. Biar sejuk. Sementara itu satukan bahan2 tumbuk halus dengan pati santan. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Sejukkan.

UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :-

Buang kelopak jantung pisang yang telah siap direbus dan disejukkan tadi hingga jumpa kelopak yang cerah. Belah 4 dan hiris kecil, buat kaedah sama untuk sebiji lagi jantung pisang. Masukkan ke dalam satu bekas.

Tambah bunga kantan, bawang merah kecil. daun limau purut, hirisan cili padi merah/hijau , udang yang dicelur tadi dan serai. Gaul rata. Masukkan santan yang dimasak bersama bahan2 tumbuk tadi dan gaul rata2.

Tambah jus limau kasturi secukup rasa (jangan masukkan semua, anda tambah sedikit demi sedikit, gaul dan rasa, jika kurang masam, tambah sedikit lagi. Ikut selera anda). Gaul dan biarkan sebentar (dalam 20 minit macam tu) . Boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI