mee goreng sambal




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 paket mi hoon (kurang lebih 160 gram) rendam hingga lembut
12 biji bebola ikan, potong 2 setiap 1
15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
2 mangkuk taugeh (kurang lebih), dibersihkan
2 biji telur, dipukul sedikit
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar sambal segera*(*resipi dibawah)
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
Sos ikan secukup rasa (boleh ganti dengan kicap cair)
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Telur mata kerbau
Hirisan timun secukupnya
Limau kasturi, dibelah dua

BAHAN-BAHAN SAMBAL :-)

4 senduk nasi cili kisar
2 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan, dibakar*(*dikisar halus)
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan 3 camca besar minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan sambal segera, sos tiram dan sos cili. Kacau rata dan masukkan udang, tauhu goreng dan bebola ikan, gaul rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Masak hingga pekat dan udang masak.

Tolak bahan tadi ke tepi kuali, masukkan telur dan masak hingga telur kental. Kacau hingga hancur. Gaul rata dan masukkan mi hoon tadi. Sederanakan api dan gaul mi hoon hingga mesra dengan bahan2 lain.

Tambah sos ikan secukup rasa (atau kicap cair) dan kacau rata.
Tambah taugeh dan gaul. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan cili merah sebelum dihidangkan bersama telur mata kerbau, timun dan limau kasturi.

UNTUK SAMBAL SEGERA :-

Panaskan 1 cawan minyak masak atau lebih sedikit. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

Tambah pes asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak lagi hingga pekat dan garing. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sambal sejuk, boleh simpan dalam botol bersih. Masukkkan ke dalam peti sejuk untuk jangka hayat sambal yang lebih lama (pastikan sambal tenggelam dalam minyak yang anda guna untuk menumis)...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI