PM planet of the apes kata..hutang negara yang cecah RM 600 Billion tidak ancam ekonomi malaysia....kalau begitu apa perlu naikkan harga minyak ,barang serta perkhidmatan ,tariff eletrik dan laksanakan GST...?

Hutang M’sia Tidak Mengancam Kedudukan Ekonomi Negara





KUALA LUMPUR – Hutang kerajaan Malaysia tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, malah pencapaian ekonomi negara turut dicemburui negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata hutang negara berada pada paras 53 peratus (daripada Keluaran Dalam Negara Kasar), iaitu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

Beliau berkata kedudukan ini dilihat tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, dan ia turut dipersetujui oleh negara luar.

“Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Belanda Mark Rutte semalam, beliau (Rutte) mengakui keadaan ekonomi Malaysia jauh lebih baik berbanding kedudukan ekonomi Belanda.

“Saya memetik kata-kata Rutte, “Saya mencemburui prestasi ekonomi anda,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.

Tan bertanyakan kaedah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah hutang negara, kenaikan kos perbelanjaan sektor awam dan kos sara hidup.

Mengulas mengenai hutang isi rumah, Najib berkata ia berada pada tahap 80 peratus, berbeza dengan Amerika Syarikat, yang membawa kepada krisis subprima.

“Hutang isi rumah negara, sebahagian besarnya adalah hutang untuk membeli rumah. Jadi, ada aset sokongan dan aset beli rumah terus meningkat. Walaupun pada tahap 80 peratus, namun kita mesti sedar, (bahawa) sebahagian besar merupakan hutang membeli rumah, dan nilai aset ini akan terus meningkat,” katanya.

Namun, Najib berkata kerajaan akan memantau agar hutang isi rumah tidak naik terlalu tinggi serta mampu menguruskan dan menambahkan pendapatan rakyat.

Kepada soalan tambahan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal), beliau berkata Malaysia mengamalkan prinsip ekonomi bebas dan terbuka, yang berlandaskan kepada pertumbuhan pasaran, dengan pencapaian yang sangat menggalakkan.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Najib berkata kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah yang terbaik dalam kalangan negara anggota Asean dan antara yang tertinggi di dunia. –


BERNAMA






##




ini yang mangkuk ni  kata hutang  negara  tak mencemaskan...



Dalam tempoh 4 tahun sahaja di bawah pentadbiran Najib, hutang negara meningkat dari RM250 bilion kepada RM550 bilion.



ejen yahudi amerika ni asik asik nak bandingkan dengan amerika...ingat yahudi amerika tak amalkan rasuah...tapi ejen yahudi negara ini kekalkan rasuah...contoh dah banyak..skandal scorpene dan lembu sharizat...pelaku nya lepas bebas...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI