resepi singgang ikan asam jawa
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol putih (atau ikan pilihan anda)
1 biji tomato belah 4
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
1/2 camca teh serbuk kunyit
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, diketuk
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dipotong pada 3 bahagian setiap seekor, cuci bersih dan lumur dengan 1/2 camca teh garam dan 1 camca teh serbuk kunyit hingga rata. Kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing, goreng embal2 sudah memadai. Angkat dan toskan
Panaskan 2 camca besar minyak dalam periuk. Tumis, halia, bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum dan layu. Masukkan 1/2 camca teh serbuk kunyit, kacau rata dan tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biar mendidih.
Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), leek (toskan), dan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau perlahan. Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI