makroni bakar jongkong



BAHAN-BAHANNYA :-)

200 gram makaroni , rebus hingga lembut dan toskan
200 gram daging kisar, cuci dan toskan
1 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca teh serbuk lada hitam (aji-shio)
2 camca besar sos cili JALEN
1 biji tomato, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
1/2 inci halia, dicincang
1 cawan mix vege (kacang pis, jagung, lobak merah)
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam secukup rasa
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Parutan keju mozarella secukupnya
Sedikit lada hitam kisar untuk hiasan
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KASTARD :-)

5 biji telur gred A
1 cawan susu segar (atau susu rendah lemak)
1/2 camca teh lada hitam tumbuk
Sedikit garam

BAHAN-BAHAN SALAD :-)

4 kelopak salad 'butterhead'. cuci, toskan dan disiat2 kecil
1 biji tomato, buang biji dan hiris kecil
1 batang saleri, hiris kecik
1 biji bawang besar, hiris kecil
Sedikit lada hitam
Sediki cili merah yang didadu kecil
Sos Thousand Island secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK MAKARONI :-

Panaskan minyak zaitun dalam kuali (kurang lebih 4 camca besar). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan tomato dan masak hingga tomato lembut. Tambah rempah kari, kacau dan masukkan sos cili. Kacau lagi dan masak hingga pekat. Tambah daging cincang, gaul rata dan masak hingga daging kecut.

Masukkan mix vege dan gaul rata. Tambah makaroi, gaul dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam secukupnya (pastikan makaroni anda jangan terlampau masin, rasa lemak2 sudah memadai). Masak hingga kering, tambah daun sup, kacau lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api, Biar kan sejuk..

UNTUK MAKARONI BAKAR JONGKONG :-

Lenser acuan bentuk jongkong (satu tin ada 8 acuan bentuk jongkong) dengan mentega atau majerin. Kemudian isikan setiap satu acuan tadi dengan makaroni. Buat hingga siap. Sementara itu, bancuh semua bahan2 untuk kastard dan kacau rata. Tuangkan dalam acuan berisi makaroni tadi hingga penuh. Buat hingga siap.

Tabur sedikit parutan keju atasnya, diikuti sedikit hirisan daun bawang dan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 25 - 30 minit atau hingga masak. Bakar pada rak paling bawah dalam oven. Bila masak, boleh keluarkan dari acuan. Hiaskan dengan sedikit hisan daun sup dan cili merah yang didadu. Hidangkan bersama salad atau sos kegemaran anda...

UNTUK SALAD :-

Satukan semua bahan2 untuk salad dalam bekas dan paipkan sos thousand island secukupnya. Gaul hingga rata dan tabur sedikit cili merah yang didadu. Boleh hidangkan bersama makaroni bakar anda....Selamat mencuba!!...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI