taukeh ayam beli topi napoleon RM 7.4 juta






Seorang jurulelong agensi Osenat menunjukkan salah satu topi Napoleon pada acara lelongan di Paris baru-baru ini.



Kim Hong-kuk mengangkat tangan selepas diumumkan berjaya memenangi bidaan terhadap topi ikon pernah dipakai maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte di Paris baru-baru ini.

SEOUL – Seorang usahawan terkemuka industri ternakan ayam Korea Selatan, Kim Hong-kuk sanggup membeli sebuah topi dua muka bernilai AS$2.2 juta (RM7.4 juta) dipercayai pernah dipakai bekas pemimpin legenda Perancis, maharaja Napoleon Bonaparte.

Ahli perniagaan berusia 57 tahun yang merupakan pengasas dan pengerusi gergasi firma ayam komersial, Harim Group dilaporkan berkata, tujuan pembelian topi tersebut untuk mengambil semangat tinggi kepahlawanan maharaja tersebut dalam dunia bisnes.

“Saya mahu jiwai roh cabaran Napoleon sering fikir positif tiada apa mustahil bagi bangkit semangat keusahawanan tinggi,” katanya kepada akhbar tempatan Edaily semalam sambil menafikan pembelian itu untuk dijual semula sebagai bentuk pelaburan masa depan.

Beliau memulakan perniagaan ternakan sejak zaman remaja lagi sehingga membina empayar sendiri dalam industri peruncitan ayam diproses dan mampu disenaraikan di bursa saham Kosdaq Seoul dengan nilai dagangan 4.8 trilion won (RM14.8 billion) tahun lalu.

Topi tentera buatan bulu memerang itu antara 19 unit penutup kepala ikon pernah dipakai Napoleon ketika memerintah dari 1804 sebelum ditawan musuh pada 1815 namun beliau dikenang sebagai wira agung sepanjang zaman oleh sebahagian besar rakyat Perancis.

Hong-kuk difahamkan membayar harga topi warna gelap itu lima kali lebih tinggi daripada nilai anggaran semasa kerana mahu mengatasi tawaran seorang pembida terkenal dari Jepun dalam acara lelongan khas anjuran Osenat di Paris kelmarin

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI