awas...taktik umpil no plet dan samun kenderaan






Pelbagai kaedah digunakan penjenayah untuk melakukan kegiatan curi kereta dan samun.

Terbaharu, pendedahan  taktik mengekori dan mencabut nombor plat pendaftaran kereta mangsa.

Difahamkan, modus operandi penjenayah bermula dengan mengekori hingga kenderaan mangsa diparkir di sesuatu tempat.

Sejurus mangsa meninggalkan kenderaan, penjenayah akan menanggalkan no plat pendaftaran kenderaan mangsa.

Sebaik tiba, mangsa biasanya akan terus menaiki kenderaan dan bergerak tanpa memeriksa lanjut.

Maka di sinilah bermula, taktik kotor.

Mulanya penjenayah akan mengekori dan memotong kenderaan mangsa sambil menunjukkan no plat pendaftaran yang kononnya tercabut dan mahu dipulangkan.

Namun, di saat mangsa memberhentikan kenderaan dan hendak keluar bagi mengambil no plat berkenaan, penjenayah akan terus meluru sambil mengacu pistol dan ketika itu segala-galanya sudah terlambat.

Penjenayah tersebut bukan sahaja berkemungkinan merampas kenderaan, bahkan mungkin menculik mangsa bersama.

Taktik ini sememangnya licik kerana orang ramai pasti tidak mudah perasan satu jenayah sedang berlaku memandangkan mangsa sendiri yang memberhentikan kenderaan.

Jadi selepas ini jika terdapat individu memotong kenderaan lalu menayang no plat kereta anda sambil meminta supaya berhenti.. awas! Ia mungkin penjenayah yang sedang menjadikan anda target terbaharu mereka.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI