pucuk ubi masak lemak
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi pulut
1 cawan isi kupang (rebus kupang segar, dan ambik isinya)
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
15 biji cili padi kampung, kaler hijau
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, kemudian rebus hingga lembut sedikit. Toskan dan perah (tekan2 dengan belakang senduk). Kemudian hiris kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, isi kupang dan serai. Gaul rata.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah asam gelugor dan kiub ikan bilis (jika guna). Masak hingga pucuk ubi empuk.
Tuang pati santan, dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan kacau sentiasa.
Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan goreng, telur dadar dan nasi panas...ehemm.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI