sambal rebung



BAHAN-BAHANNYA :-)

300 gram rebung madu yang telah siap direbus
4-5 biji cili hijau, hiris kasar
1 genggam ikan bilis tamban, direndam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci belacan, dibancuh dengan sedikit air
1/2 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar, kata bonda nak sedap guna minyak yang telah anda guna untuk goreng ikan atau ikan masin, tapi bukan yang dah hitam legam tu yea). Tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum dan bawang layu.

Masukkan ikan bilis tamban (pastikan ikan bilis tamban anda rendam terlebih dahulu, buang sisiknya, belah dua dan buang tulang tengahnya). Gaul rata dan masukkan bancuhan belacan dan pes asam jawa. Kacau rata.

Masukkan rebung dan tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering sedikit. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau anda guna serbuk perasa, tak perlu letak gula). Kacau rata, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI