sup sayur istimewa




BAHAN-BAHANNYA :-)

400 gram sawi putih (batang warna putih)
15 ekor udang saiz sederhana
10 biji bebola ikan ( di cadang guna jenama "Mushroom")
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh serbuk lada hitam (aji-shio)
Beberapa titik minyak bijan (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Udang dikupas kulitnya, cuci dan toskan. Kulit udang dicuci, tos dan masukkan ke dalam periuk. Tuang 1 liter air dan rebus selama 10 minit kemudian tapis. Sawi di cuci, kemudian siang berasingan batang dan daunnya. Bebola ikan dibelah 2 setiap satu (kalau anda nak guna sebiji2 pun boleh).

Ketepikan.

Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan udang, kacau rata dan tuang air rebusan kulit udang tadi. Kacau dan biar mendidih.

Jika perlu boleh tambah sedikit lagi air.

Masukkan batang sawi, bebola ikan dan kiub ikan bilis (jika guna), masak sekejap dan tambah daun sawi. Perasakan dengan garam secukup rasa dan lada hitam serbuk. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.

Taburkan hirisan daun bawang dan tititkkan beberapa titis minyak bijan sebelum dihidangkan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI