hidap HIV kerana kongsi alatan rawatan kuku




Percaya atau tidak, hanya melalui alatan yang digunakan ketika melakukan rawatan kuku (manicure), seorang wanita berusia 22 tahun dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Melalui satu jurnal perubatan, berita ini didedahkan seorang pakar yang berkata, ia merupakan salah satu cara terbaru penyebaran HIV dalam kalangan masyarakat.

Namun demikian, menurut doktor tersebut, kes ini merupakan kes terpencil dan risiko untuk dijangkiti adalah rendah.

Melalui laporan, wanita tersebut tidak mempunyai sebarang faktor risiko biasa yang menyebabkannya berjangkit virus tersebut, seperti seks rambang tanpa perlindungan kondom ataupun berkongsi alat suntikan.

Lantas, melalui siasatan lanjut, pakar mendapati alatan digunakan ketika melakukan rawatan kuku menjadi punca jangkitan tersebut.

Ini kerana, dia berkongsi peralatan itu dengan sepupunya yang sememangnya penghidap penyakit tersebut.

Alahai, kesiannya. Tak pasal-pasal orang yang tak bersalah turut terkena tempias kesilapan dilakukan pihak lain. Buat masyarakat di luar sana, pastikan menjaga kebersihan.

Beringatlah, berkongsi peralatan seperti pengetip kuku, berus gigi dan apa-apa sahaja peralatan yang bersentuhan dengan kulit dan mampu melukakan, amatlah berisiko. Walaupun kes tersebut jarang berlaku, tapi tak mustahil menjangkiti anda andai tidak berwaspada!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI