sambal goreng kupang




BAHAN-BAHANNYA :-)

4 tangkai kacang panjang, cuci, toskan dan hiris serong
3 kelopak kobis bulat, hiris halus, cuci dan toskan
2 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
3 keping tempe bungkus daun, didadu, goreng dan toskan
1 cawan isi kupang segar, gaul dengan sedikit kunyit dan goreng sekejap, toskan
3 tangkai cili kering, hiris kecil dan rendam
1 cekak, soo hoon, potong pendek dan rendam
30 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
Garam jika perlu
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskn 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga harum. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis, kacau rata. Tambah kupang, tauhu, tempe dan fucuk (toskan dulu). Kacau dan tuang sedikit air. Masak hingga fucuk lembut.

Masukkan kacang panjang dan kobis. Gaul rata dan masak hingga kacang lembut. Masukkan soo hoon (toskan), gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit garam (atau kicap masin). Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat. Selamat mencuba!!.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI