serangan kejam dan zalim oleh regim syaitan Bashar al-Assad di raqa mengerikan
SEORANG penduduk melihat kesan kemusnahan di bandar Raqa akibat serangan tentera udara Syria pada Selasa lalu.
Serangan tentera udara tentera Syria di bandar Raqa yang menyebabkan sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh di sifatkan sebagai mengerikan.
Presiden Syria, Bashar al-Assad di selar kerana masih meneruskan pembunuhan beramai-ramai di bandar yang dikuasai kumpulan pemberontak dan kumpulan pejuang Islamic State (IS).
Serangan bom oleh tentera udara rejim Bashar al-Assad pada Selasa lalu disifatkan antara yang paling dahsyat sejak IS menawan bandar itu pada tahun lalu.
Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan separuh daripada jumlah mangsa yang terkorban itu adalah orang awam dan selebihnya di katakan pejuang IS.
Kerajaan Syria meneruskan pembunuhan beramai-ramai penduduk awam di negara itu sekali gus menunjukkan mereka tidak menghargai nyawa manusia.
Bashar telah hilang hak untuk memerintah Syria dan beliau perlu bertanggungjawab dengan semua tindakan yang diambilnya.
Sudah jelas bahawa Bashar sudah lama hilang kelayakan untuk memerintah dan kerajaan beliau mesti bertanggungjawab dengan keganasan serta kekejaman terhadap penduduk Syria.
Kerajaan Bashar di tuduh berterusan mencabuli hak asasi manusia dan melanggar undang-undang antarabangsa dengan membunuh, menculik, merogol dan menggunakan bom barel terhadap penduduk awam.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI