resepi ayam cencalok
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, (che mat guna 500 gram) potong sederhana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya (che mat guna 1/3 cawan)
3 helai daun limua purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula (che mat letak 1 camca teh saja)
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/3 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi (tinggalan sedikit untuk hiasan) dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan gula dan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu , tambah garam (tapi rasa che mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin).
Matikan api, tabur baki bawang goreng tadi sebelum dihidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain....Selamat mencuba!!
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI