resepi pucuk paku masak lemak spesial ( + keledek )




BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram pucuk paku perak @ pucuk paku hijau
3 biji keledek oren saiz sederhana
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
1/2 kiub ikan bilis (optional)
2 batang serai, diketuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
3/4 camca teh lada hitam kisar
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

Pucuk paku diasingkan daun dari batangnya, cuci dan toskan. Keledek dikupas, kemudian potong berbaji atau potong kiub. Cuci dan masukkan ke dalam periuk, bersama2 hirisan bawang besar, bawang putih, serai titik, udang kering tumbuk dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih.

Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan masak hingga keledek hampir empuk. Masukkan pucuk paku, gaul rata dan tuang pati santan. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan pucuk paku lembut, kacau perlahan2.

Masukkan hirisan cili merah. Perasakan dengan garam secukupnya, lada hitam dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng dan nasi putih panas...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI