tentera iraq dengan di bantu pengkhianat kurdis sengit bertempur dengan pejuang IS untuk kuasai Ramadi, Kirkuk
9:46 PG
bertempur
,
iraq
,
kurdis
,
luar negara
,
pejuang negara islam ( ISIL )
,
pengkhianat islam
Edit
SEORANG anggota pejuang kumpulan IS memasukkan peluru mortar ketika pertempuran dengan tentera Iraq di Ramadi baru-baru ini.
BAGHDAD – Tentera Iraq yang dibantu pejuang Kurdis kelmarin berusaha menghalang kumpulan pejuang Islamic State (IS) daripada menawan sebuah kompleks pentadbiran kerajaan di bandar Ramadi, kata para pegawai.
Pejuang IS kini berada hanya beberapa ratus meter dari kompleks pentadbiran tersebut yang turut menempatkan pejabat gabenor wilayah Anbar.
Tentera Iraq dan beratus-ratus pejuang tempatan kini sedang mempertahankan serta melindungi kompleks ini daripada ditawan.
Pertempuran di kompleks berkenaan tercetus selepas tentera kerajaan berundur dari wilayah Al-Hoz yang terletak di selatan Ramadi.
Pertempuran bagi mempertahankan kompleks itu berlangsung selama sembilan jam.
Sementara itu, pejuang IS turut melancarkan serangan di wilayah Kirkuk di utara Iraq dan kini sedang bertempur sengit dengan pejuang Kurdis yang mempertahankan wilayah yang kaya dengan minyak berkenaan.
Serangan bermula pada awal pagi kelmarin di tiga buah kampung yang terletak di barat bandar Kirkuk dan pertempuran tercetus selama beberapa jam.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI