bangunan 40 tingkat sebagai kediaman untuk keluarganya

Sekiranya anda melihat bangunan ini, mungkin perkara pertama yang anda teka ialah sebuah kompleks pejabat yang tinggi ataupun kondominium yang diduduki ratusan keluarga.

Tetapi anda mungkin tidak percaya, bangunan ini dibina untuk sepasang suami isteri dan tiga anak!

Kompleks dengan keluasan 400,000 kaki persegi ini diberi nama Antilia, dimiliki oleh Mukesh Ambani, jutawan terkaya India yang mempunyai harta kekayaan bernilai USD 22.3 Billion.

Sesetengah tingkat di Antilia mempunyai siling “double-height”, jadi ianya adalah 27 tingkat dan ketinggian sebenar adalah hampir kepada ketinggian bangunan 40 tingkat.

Terletak di Altamount Road, Mumbai, bangunan yang dibina dengan kos hampir USD 1 Billion ini merupakan salah satu kawasan paling mahal di dunia.

Bangunan ini mempunyai gym, studio tari, ballroom, kolam renang, taman bunga dan pawagam dengan 50 tempat duduk.

Lobi dalam Antilia ini sahaja mempunyai sebanyak sembilan lif .

Chandelier kristal memenuhi ruang siling di ballrom, terdapat juga pentas dan dapur untuk memenuhi ratusan tetamu.

Terdapat beberapa ruangan lounge di kediaman berkenaan dengan karpet, cermin dan chandelier menghiasi pemandangan.

Dua rekaan berkonsepkan matahari dan teratai , diulangi di seluruh rumah agam itu dengan penggunaan bahan yang sukar ditemui seperti kristal, marmar, dan ibu mutiara.

Antilia mempunyai 6 tingkat garaj untuk 168 kereta dan mempunyai tiga helipad di atas bumbung, sekiranya anda sampai melalui udara.

Tempat kediaman keluarga itu adalah di tingkat atas “kerana kami mahu cahaya matahari,” kata Nita Ambani isteri kepada Mukesh .


















About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI