resepi paru goreng berlada


BAHAN-BAHANNYA :-)

600 gram paru lembu, potong 2, cuci dan toskan*
3 ulas bawang putih, diketuk (tak perlu buang kulit)*
1 inci halia, diketuk*
1 batang serai, diketuk*
Air secukupnya*(*disatukan dan rebus hingga paru lembut)
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)

7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
5 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)

Tos dan sejukkan paru yang telah direbus. Kemudian hiris lebar, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Kemudian goreng hingga perang. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk lumat hingga harum dan garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap.

Tambah paru goreng dan gaul rata. Masak hingga kering dan cili bersalut dengan paru goreng tadi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI