resepi sambal tumis petai




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 genggam ikan bilis tamban yang telah dibuang tulang dan dibersihkan, rendam 10 minit
4 papan petai, kupas dan ambil isinya
1 biji bawang besar hiris kasar
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN KISAR HANCUR :-)

4 biji cili hijau
30 biji cili padi kampung, hijau
1/2 inci belacan
3 biji buah keras, hiris
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

CARA MEMBUATNYA :-)

Masukkan buah keras, bawang putih dan belacan ke dalam alat pengisar @ blender, tuang sedikit air dan kisar hingga lumat. Masukkan bawang merah, cili padi dan cili hijau (patah2kan) dan kisar sekejap hingga semua hancur tapi tidak terlalu halus (guna kaedah 'pulse').

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). tumis bahan2 kisar tadi hingga harum dan naik minyak. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah ikan bilis tamban (toskan) dan petai. Kacau rata.

Bila petai empuk, masukkan bawang besar. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI