jururawat mangsa kedua ebola...polis terpaksa berkawal di klinik




SEORANG anggota polis berkawal di hadapan sebuah klinik di mana seorang jururawat yang bertugas di situ mati akibat virus Ebola di Bamako, Mali kelmarin.

BAMAKO – Kerajaan Mali mengesahkan laporan kes kedua demam Ebola di negara itu lewat kelmarin manakala pihak polis dikerahkan untuk mengawal sebuah klinik di ibu kota negara itu di sini.

Pihak berkuasa menyatakan, klinik itu telah dikuarantin.

Dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Twitter, Menteri Penerangan Mali, Mahamadou Camar berkata, langkah-langkah pencegahan telah dikeluarkan tetapi beliau tidak mendedahkan maklumat terperinci berhubung kes tersebut.

Beberapa pegawai tempatan dan diplomat bagaimanapun memberitahu, kes Ebola terbaharu itu tiada kaitan dengan jangkitan pertama pada bulan lalu.

Mali menjadi negara Afrika Barat keenam mencatat kes Ebola apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dari Guinea meninggal dunia di negara berkenaan pada Oktober lalu.

Tiada kes baharu direkodkan sejak itu manakala 108 orang yang dikaitkan dengan kanak-kanak perempuan itu tamat tempoh kuarantin mereka selama 21 hari kelmarin.

Mali berkongsi sempadan sejauh 800 kilometer dengan Guinea. Guinea, Liberia dan Sierra Leone merupakan negara yang paling teruk terjejas akibat wabak Ebola pada tahun ini yang meragut hampir 5,000 nyawa.

Beberapa pegawai perubatan dan diplomat berkata, kes baharu Ebola di Mali melibatkan seorang jururawat. Pesakit itu berhubungan dengan seorang lelaki yang tiba dari Guinea dan meninggal dunia akhir bulan lalu di klinik berkenaan.

Seorang pegawai perubatan pula memberitahu, jururawat berkenaan mati pada petang kelmarin manakala seorang doktor lain jatuh sakit dan telah dikuarantin.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI