bila peluk Islam jadi punca jadi gelandangan...!!!!

Disisih keluarga kerana peluk Islam punca jadi gelandangan





Amin Chong Abdullah berlegar sekitr Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Mualaf Amin Chong Abdullah kini menjadi gelandangan apabila keluarganya enggan menerimanya selepas memeluk Islam.

Susuk tubuh yang kurus, berwajah bersih dan polos tidak membezakan Amin Chong Abdullah, yang kini berusia lewat 60-an, daripada individu lain di ibu kota Kuala Lumpur yang kini bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Setia dengan kopiah putihnya, Amin menjadi pengunjung setia setiap waktu solat di Masjid Jamek dan seakan tidak terganggu meskipun saban hari orang ramai memenuhi kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang terkenal sebagai bazar membeli-belah untuk persiapan perayaan umat Islam itu.

Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada Amin adalah apabila menjelangnya waktu malam.

Berbekalkan beberapa kelengkapan asas seperti pakaian, dia akan merayau di kawasan terang di sekitar bandaraya mencari tempat berteduh untuk melelapkan mata bagi mengelakkan diganggu mereka yang tidak bertanggungjawab dan mengelakkan daripada disamun.

Sejak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur ketika berusia 40 tahun, sekitar 15 tahun lalu, Amin mula menjadi gelendangan apabila disisihkan keluarganya di Kampar, Perak apabila memeluk Islam.

Sejak itu, Amin berlegar-legar di kawasan sekitar Masjid Jamek menjalankan urusan sehariannya, termasuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kesusahan Amin mendapat perhatian pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ketika itu sedang mencari bahan untuk menyiapkan projek akhirnya dan kebetulan menemuinya sedang membaca Al-Quran di tengah-tengah jalan berhampiran Masjid Jamek.

Amin Aziz, 23, kemudian mencuba selama setahun setengah memujuk Amin menetap bersama keluarganya di Kelana Jaya, namun warga emas itu enggan.

Pada 2011, Amin dimasukkan ke hospital selama empat bulan, dan disahkan menghidap penyakit batuk kering, sekaligus keluarga pelajar itu berjaya memujuknya pulang ke rumah mereka untuk menjaganya.

Sejak itu, kehidupan gelandangan itu sedikit terbela apabila keluarga pelajar itu memperuntukkan sekitar RM500 sebulan untuknya menjalani kehidupannya.

Keluarga itu turut memberikannya tempat tinggal, malah mencarikan kerja untuknya meneruskan kehidupan di sebuah restoran.

Namun atas sebab-sebab tertentu, Amin berhenti daripada kerjanya.

"Saya cuba memujuk Pakcik Amin tinggal bersama kami selama setahun lebih namun dia enggan kerana tidak mahu menyusahkan kami.

"Tapi selepas dimasukkan ke hospital kami membuat keputusan untuk membawa dia pulang ke rumah dan mencarikan kerja untuknya," kata Amin Aziz .

Selepas lebih setahun bersama keluarga itu, termasuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2013, mualaf itu bagaimanapun menghilangkan diri dan kembali menjadi gelandangan di Masjid Jamek.

"Kami menyiapkan keperluan Hari Raya Pakcik Amin, baju raya, semua kelengkapan dia kami siapkan. Tapi sejak tiga minggu lalu dia menghilangkan diri.

"Saya tidak tahu kenapa. Sejak itu jika dia nampak saya di kawasan Masjid Jamek dia akan menghilangkan diri," kata Amin Aziz.

Pelajar itu mengakui, Amin mampu meneruskan kehidupannya sebagai gelendangan melalui aktiviti dapur jalanan yang mengedarkan makanan percuma kepada golongan terbabit.

"Pakcik Amin beritahu saya, dia mampu terus hidup hingga hari ini kerana ada makanan percuma pada waktu malam yang diberikan dapur jalanan," katanya.

"Dia pernah cuba kembali ke Kampar, tetapi keluarga dan penduduk kampungnya enggan menerima, malah menghalaunya," kata pelajar itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI